Penulen Udara
Langganan Penapis Udara LG PuriCare di Malaysia
Udara lebih bersih di rumah, walaupun ketika jerebu. Setiap penapis udara LG PuriCare ada penapis gred H13, sensor habuk PM1.0 dan penunjuk kualiti udara 4 warna, dengan LG ThinQ untuk semak udara dari telefon. Pilih ikut saiz bilik: AeroMini untuk bilik tidur, hingga 360° Alpha Pet Double untuk ruang lebih 100m².
Ada kucing atau anjing? Model Pet menangkap lebih banyak bulu haiwan dan mengurangkan bau, dan AeroCatTower ialah penapis udara dan katil kucing berpemanas dalam satu. Penapis baharu dihantar setiap 12 bulan sepanjang pelan.
Langgan dengan LG Subscribe: tanpa deposit, penghantaran percuma dan waranti LG sepanjang pelan 5 atau 7 tahun, atau beli tunai. Kami hantar ke seluruh Malaysia. WhatsApp poskod anda untuk semak kawasan.
- Penapis dihantar setiap 12 bulan
- Tanpa deposit
- Atau beli tunai
- Waranti LG sepanjang pelan
- Hantar seluruh Malaysia